Followers

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

.:-Owh Hujan-:.

>> 19 November 2009


Rainy Season Scraps, glitter, and pictures

'Hujan oh hujan, kenape engkau turun?' 'macamne aku x turun si katak panggil aku'...?????
 
salam semua...
hemm...betul ke kata2 kat atas tu?? hehehe...kalau pikir logik mmg ah x betul kan...pasal ape, hujan dgn katak mane leh bercakap...hahaha...xdelah   sebenarnye hujan ke, panas ke...semua tu kan kerja tuhan...so kita sebgai manusia haruslh terima seadanye....jgn lah asyik merungut jek...hujan itukan rahmat...ye x?? hehe..eh ade ke yg merungut bila musim2 hujan ni?? emm biaselah mulut manusia...kadang2 x sedar bila bercakap...termasuklah aku...ishish...kata org lbih diri sendiri????hehehe...klah semua 
musim2 hujan kalau pekena ubi rebus dgn kopi o sodapp ni...

p/s: sape2 yg kt tmpt dia mgalami banjir tu...awasilah ank anda...main air mmg suka, tp jgn sampai berduka dh lah....





HUKUMAN ALLAH, Nauzubillah!!!

>> 12 November 2009



Salam semua...
emm mcm biase pg2 kna posing dulu...ni pkai tudung yg aku bli dr d'nur boutique...tudung syria...best pakai..selesa...klah sbnarnye pagi ni nk citer pasal tjuk kat atas tu...sebenarnya citer ni aku dpt emel dr member...tgk tjuk dh grun k...so jom hayati

Buat peringatan kepada kita semua..........

Assalamua'laikum,

Ada sebuah cerita untuk pengajaran kita semua. attachment adalah gambar
seorang wanita yang telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka
kepada Allah dan ibunya.

Kisahnya begini....
Ada seorang budak perempuan ni..dia nak tengok televisyen....rancangan
hiburan. Kebetulan dekat situ...mak dia sedang duduk membaca Al-Quran.
Dia marah dekat mak dia, dan dia halau mak dia dari tempat dimana mak
dia sedang menmbaca Al Quran sebab dia kata bacaan Al-Quran dari mulut
mak dia itu mengganggu dia. Tetapi, mak dia teruskan juga baca
Al-Quran...tanpa menghiraukan anaknya itu. Budak perempuan ni...dia
berasa geram dekat mak dia, lantas dia pun pergi merampas Al-Quran dari
tangan mak dia, dan dia pun menghempaskan Al-Quran tersebut ke lantai.

Mak dia terus pergi mengambil Al-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu
di dadanya. Tiba-tiba, budak perempuan tadi, terus rebah dan menggelepar
kesakitan dan dengan kuasa Allah SWT, budak peremmpuan itu terus
bertukar menjadi seperti haiwan(see attachment). Cerita ini berlaku di
Oman .

Sekarang budak perempuan ini ditempatkan di sebuah hospital di Oman .
Begitu lah padahnya kalau kita derhaka kepada Allah, Rasul dan kedua
ayahbonda kita . Jadikan lah kisah ini sebagai pengajaran. Semoga kita
dijauhkan dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang
derhaka...na'uzubillah.

cerita ni saya dah translate dari website bahasa arab. untuk rujukan..

go to :
http://www.palislam.com/ (See attached file: Hukuman.jpg)
 
dan inilah pic budak pempuan tu....
 


ish...hee...gerun ok...takut lak aku tgk bile jd macam tu...Nauzubillah....sama2lah kita hayati hukuman Allah ni...jgnlah jd macam ni....semoga tuhan sentiasa mlindungi kita dr melakukan perkara2 macam ni dan sentiasa mengampunkan dosa2 kita...jgn lah kita menganiaya ibubapa kita...sesungguhnya mereka yg telah membesarkan kita penuh kasih sayang......renung2 kan...




ni pic penghabisan n3...tiada kena mengena dgn tajuks k...hehehe...

kisah lucu pg ini....

>> 22 October 2009

Salam semua...
meh pg ni aku nk story ksah lucu kit, supaya mood nk wat keje tu xdelah slow sgt kan...story ni aku dpt email dr member aku...jom baca ni...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,


“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

????..hoh...ape conclusion nyer...msti korang tau kan...aku rase nk terguling bace kisah ni...kah..kah..kah...klah semua mood aku nk keje dh dtg dh ni...see u again...

Air Sembahyang....

>> 30 August 2009

Salam Ramadhan....dh 9 hari kite berpuase yer...dlm bulan Ramadhan ni banyak2lk kita beribadat kepada Yang Maha Esa...Disamping tu...aku ader story yg nk dsampaikan kt bawah ni...jom kta hayati..

" AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "YaAllah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamudengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyarmacam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim".Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambilwuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kitaperolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kitasebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu..

Bulan Ramadhan Bakal Menjelma

>> 19 August 2009




Hai bulan ramadhan dh hampir menjelma...
kat cni ader leh citer ckit pasal bulan puasa...jom kta hayati...


ANDAI INI YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam..

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Illahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Illahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita bersama
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN